Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

From now on we called him Dato Seri Nizar Lilin. No More Dato Seri Nizar Jamaluddin


SUNGAI SIPUT – Selepas pelbagai reaksi timbul berikutan tindakannya memegang lilin dalam satu majlis memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tampil memberikan penjelasan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, tindakannya itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana para ulama atau golongan cerdik pandai seharusnya menumpukan isu-isu besar lain yang dianggap lebih sesuai dan layak untuk dikeluarkan fatwa.

Menurutnya, banyak lagi perkara-perkara besar dan jauh lebih khurafat yang perlu diberi penekanan oleh golongan seperti mufti atau para cendekiawan untuk dikaitkan dengan fatwa.

“Golongan cerdik pandai seharusnya mewujudkan fatwa terhadap isu-isu berkaitan amalan rasuah, hukum ISA atau tidak memakai tudung.

“Ini yang sepatutnya dijadikan isu bukannya isu lilin.

“Lilin sudah lama digunakan dan di masjid pun ada lilin,” katanya kepada Sinar Harian.

Nizar berkata, tindakannya (pegang lilin) dilakukan sebagai menghormati budaya mendiang Teoh dan bukannya dilakukan kerap kali.

“Jika hendak dikaitkan dengan fatwa, terlalu banyak yang boleh kita persoalkan. Rampasan kuasa, acara hiburan yang diluluskan, apa hukumnya.

“Saya dituduh jadi boneka DAP dan orang Cina oleh UMNO kerana mereka hanya melihatnya melalui dasar perkauman sahaja,” katanya.

Nanti ana nak cadangkan kepada pesalah-pesalah yang kena hukum di mahkamah untuk menggunakan taktik lepaskan tengkuk ala Nizar. Sebagai contoh kalau ada yang dihukum kerana mencuri bolehlah beritahu hakim yang dia hanya mencuri.

Apalah sangat kesalahan mencuri berbanding dengan kesalahan merompak, merogol, membunuh atau mengedar dadah. Bukankah taktik ini sama dengan taktik Nizar sekarang untuk melepaskan diri. Kepada Nizar janganlah putar belit dan meletakkan kesalahan di pihak lain. Dah buat salah mengaku sahajalah.

Kan lebih elok sedar kesilapan dari tak sudah-sudah menegakkan benang yang basah.

From now on we called him Dato Seri Nizar Lilin. No More Dato Seri Nizar Jamaluddin

0 Comments to “From now on we called him Dato Seri Nizar Lilin. No More Dato Seri Nizar Jamaluddin”

Blog Widget by LinkWithin