Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Nona Anwar Ibrahim

1. Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

2. Ahli keluarga sedia maklum Wan Azizah lebih sayangkan bapa-bapa saudara yang membesarkannya serta hampir tiada apa-apa perasaan kepada ibunya. Hubungan dengan adik beradik yang lain juga kurang rapat (tiada permusuhan, mungkin tidak membesar bersama). Hubungan kekeluargaan kembali terjalin setelah AnWAR menyertai kerajaan/kabinet.

3. Hubungan dengan keluarga mertua juga tidak 'ngam'. Maklum saja ketika itu keluarga AnWAR bukan dari kalangan 'orang yang ada-ada'. W/pun Datuk Ibrahim (bapa AnWAR) pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan, kehidupan mereka biasa-biasa saja. Dua orang abang AnWAR adalah guru maktab, seorang kerani sekolah manakala yang lain sedang membesar tika itu.

4. Perkahwinan beliau dengan AnWAR juga penuh berliku. Tertawan dengan pesona AnWAR sebagai penda'wah, perkahwinan beliau ditentang keras oleh bapanya Datuk Dr. Wan Ismail. Peringkat awal perkahwinannya juga diharungi penuh onak. Berkerjaya seorang doktor, AnWAR ketika itu tiada kerjaya tetap. Wan Azizah yang membiayai perbelanjaan keluarga, manakala AnWAR hanya 'lepas' untuk dirinya saja tika itu.

5. AnWAR tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isteri yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugas sebagai penda'wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di KL. x-pkr dimaklumkan, Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah tika itu) pernah disuruh AnWAR turun di pertengahan jalan dan pulang sendiri gara-gara mahu memenuhi jemputan ceramah menggantikan orang lain.

6. Wan Azizah mengakui beliau lali mengharungi keperitan berseorangan semasa melahirkan Nurul Izzah dan Nurul Nuha. Setelah itu beliau tahu bahawa AnWAR tidak pernah memberi tumpuan kepadanya biarpun mengandung empat kali lagi selepas itu. AnWAR mengambil seorang pembantu dari Bukit Mertajam membantu Wan Azizah menguruskan rumahtangga tetapi Wan Azizah yang membayar gajinya.

7. Kehidupan sebagai isteri menteri juga tidak memenuhi kehendak Wan Azizah. AnWAR mengajar Wan Azizah agar hipokrit di depan umum. Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar 'nampak' ala kadar saja di mata umum. Ketika AnWAR Menteri Pendidikan, dimaklumkan secara sinis Wan Azizah berkata beliau ingin muntah melihat AnWAR memimpin tangan Nurul Izzah beratur untuk pendaftaran darjah satu (liputan media cukup hebat tika itu).

0 comments.

Fatwa Pas Sentiasa Berubah Demi Kepentingan Politik

Kalau fatwa pun boleh berubah demi kepentingan politik, bodohlah jika terus mengikut kumpulan yang terpesong ini


1. Ini mengenai sebuah parti politik yang katanya dipimpin oleh para ulamak dan Tuan-tuan Guru yang asalnya memperjuangkan agama Islam.

2. Pengikutnya akhirnya terkeliru dengan segala fatwa yang sering berubah-ubah dari masa kesemasa kerana bertujuan mendapatkan undi dalam setiap pilihanraya.

3. Bila UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC mereka kata haram kerana kafir harbi tetapi bila mereka lakukan yang serupa dengan DAP kenapa pula boleh? Hidup-hidup pengikutnya ditipu.

4. Pengikut diajak menentang kerajaan dan dijanjikan syurga, jika mati dalam menentang kerajaan katanya syahid, maka berbaringlah mereka-mereka itu seperti lembu dijalanan menentang Raja. Mungkin kehidupan seekor lembu lebih bermanafaat dari perjuangan menentang kerajaan Islam yang nyata sia-sia itu.

5. Berubahlah, bersatulah sesama bangsa dan agama demi masa depan anak-cucu kita. Jangan nanti ayam menang kampong tergadai - dalam PRK menang tetapi kuasa berpindah ketangan bangsa asing yang secara nyatanya menyekat syiar Islam.


Klik untuk baca fatwa-fatwa PAS yang sering berubah dan diubah bagi kepentingan golongan mereka

Baca juga ini dari blog PUAKUMBU

0 comments.

PKR Sula PAS Di Permatang Pasir buat kali kedua


BUKIT MERTAJAM- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi parti itu supaya PKR meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan gerakan PKR di kawasan Permatang Pasir adalah kuat dan mantap.

Katanya, mereka telah mengemukakan cadangan itu kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan berharap ia diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Ketika bercakap kepada pemberita semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang penduduk di Permatang Pauh, di sini hari ini, beliau bagaimanapun menasihatkan mereka agar menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang kelak.



PAS PMTG PAUH yang memprotes semasa prk penanti agar di beri laluan meletakkan calon akhirnya telah membuahkan penentangan PKR Pmtg Pauh, penduduk tempatan memang jelas akan pergolakan antara dua parti pembangkang ini. PAS & PKR Pulau Pinang tidak pernah bersatu,rakyat hanya di kaburi dengan perkahwinan haram mereka ini adalah bahagia.

kita akan dapat melihat pilihanraya kecil kali ini PKR pula tidak akan membantu PAS,tetapi Ya akan terpampang didada akhbar pemimpin mereka berjabat tangan berpeluk cium menandakan mereka ada kesepakatan.

Rakyat di tipu terang terangan,Pisau ada berjumpa dengan seorang pemimpin PKR dia sendiri mengakui amat membenci PAS,malah menempelak PAS kerena dahulunya tidak membantu PKR.


Pisau kata "kahwin haram memang takkan bahagia"

0 comments.

From now on we called him Dato Seri Nizar Lilin. No More Dato Seri Nizar Jamaluddin


SUNGAI SIPUT – Selepas pelbagai reaksi timbul berikutan tindakannya memegang lilin dalam satu majlis memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tampil memberikan penjelasan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, tindakannya itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana para ulama atau golongan cerdik pandai seharusnya menumpukan isu-isu besar lain yang dianggap lebih sesuai dan layak untuk dikeluarkan fatwa.

Menurutnya, banyak lagi perkara-perkara besar dan jauh lebih khurafat yang perlu diberi penekanan oleh golongan seperti mufti atau para cendekiawan untuk dikaitkan dengan fatwa.

“Golongan cerdik pandai seharusnya mewujudkan fatwa terhadap isu-isu berkaitan amalan rasuah, hukum ISA atau tidak memakai tudung.

“Ini yang sepatutnya dijadikan isu bukannya isu lilin.

“Lilin sudah lama digunakan dan di masjid pun ada lilin,” katanya kepada Sinar Harian.

Nizar berkata, tindakannya (pegang lilin) dilakukan sebagai menghormati budaya mendiang Teoh dan bukannya dilakukan kerap kali.

“Jika hendak dikaitkan dengan fatwa, terlalu banyak yang boleh kita persoalkan. Rampasan kuasa, acara hiburan yang diluluskan, apa hukumnya.

“Saya dituduh jadi boneka DAP dan orang Cina oleh UMNO kerana mereka hanya melihatnya melalui dasar perkauman sahaja,” katanya.

Nanti ana nak cadangkan kepada pesalah-pesalah yang kena hukum di mahkamah untuk menggunakan taktik lepaskan tengkuk ala Nizar. Sebagai contoh kalau ada yang dihukum kerana mencuri bolehlah beritahu hakim yang dia hanya mencuri.

Apalah sangat kesalahan mencuri berbanding dengan kesalahan merompak, merogol, membunuh atau mengedar dadah. Bukankah taktik ini sama dengan taktik Nizar sekarang untuk melepaskan diri. Kepada Nizar janganlah putar belit dan meletakkan kesalahan di pihak lain. Dah buat salah mengaku sahajalah.

Kan lebih elok sedar kesilapan dari tak sudah-sudah menegakkan benang yang basah.

From now on we called him Dato Seri Nizar Lilin. No More Dato Seri Nizar Jamaluddin

0 comments.

Anwar Juga Tipu Afidavit?


1. Dalam laporan polis terkini AnWAR, beliau mendakwa Datuk Razak Musa, Pengarah Bahagian Pendakwaan SPRM menyelewengkan fakta dalam afidavit bertarikh 30 Jun 2009. Saya telah menulis dahulu AnWAR wajar mencabar apa yang didakwanya itu di mahkamah. Barisan peguam beliau seramai 7-8 orang itu pasti bersedia berbuat demikian jika diarah AnWAR.

2. Namun AnWAR memilih mensensasikan hal ini dengan laporan polis. Beliau pasti akan menyalahkan polis nanti mengapa laporannya ini tidak diambil tindakan sewajarnya. Selain mengalihkan tumpuan dari kemelut yang melanda pakatan pembangkang sekarang, AnWAR akan menggunakan ini untuk mencemar imej polis ketika perbicaraan kes liwat beliau nanti.

3. Tahun 1998, sejurus selepas Datuk Nallakarupan ditahan polis dan AnWAR dipecat, AnWAR telah mengadakan beberapa siri ceramah di perkarangan rumah lama beliau di Bukit Damansara. Antara yang dijawab AnWAR ketika itu ialah mengenai RM60 juta duit Magnum yang diberi kepadanya. AnWAR telah membaca kononnya afidavit Datuk Nalla ketika itu yang menafikan segalanya.

4. Persoalan kini, ketika AnWAR membaca afidavit tersebut, Datuk Nalla telah ditahan pihak berkuasa. Peguam Datuk Nalla sendiri berhempas pulas mengesan di mana Datuk Nalla dibawa. Keluarga Datuk Nalla telah menemui AnWAR bagi membantu mengesan lokasi Nalla. AnWAR sendiri mengakui beliau tidak tahu di mana Nalla dan enggan membantu keluarga Nalla. Keluarga dan peguam Nalla berhasil mengesan Nalla setelah beberapa ketika.

5. 7 September 1998, AnWAR membacakan kononnya afidavit Datuk Nalla yang menafikan Magnum melalui Nalla telah memberi sejumlah wang bernilai RM60 juta kepada AnWAR bagi membiayai kegiatan politik AnWAR. Pada tahun 2008 di p/raya kecil Ptg. Pauh, Datuk Nalla mendakwa telah memberi sejumlah wang RM60 juta kepada AnWAR! Ketika ditanya wartawan tentang afidavit berkaitan, Nalla menyatakan ianya dibaca oleh AnWAR dan ia tidak datang dari pihaknya.

6. Kenyataan Nalla telah diambil oleh SPRM (BPR ketika itu [2008]). AnWAR dengan lagak panglima tempang telah mencabar untuk mengambil tindakan undang-undang. Berkokoklah ia di pentas-pentas ceramah mahu mengambil tindakan undang. Kini 2009, mana tindakan undang-undang itu. Dimaklumkan oleh seorang teman dalam PKR yang masih berhubung dengan Nalla, tiada sebarang saman diberikan kepada Nalla.

7. Sebaliknya hingga minggu lepas, AnWAR melalui Wan Azizah masih cuba menghubungi Nalla melalui keluarganya untuk cuba bertemu Nalla. AnWAR juga menggunakan peguam Manjit Singh untuk bersemuka dengan Nalla bagi 'menyelesaikan' kemelut mereka. AnWAR juga masih menggunakan ibu saudaranya yang dipanggil Kak Jah atau Mak Andak menghubungi isteri Nalla bagi bertemu. Setakat ini Nalla tidak menyahut cubaan AnWAR ini.

AnWAR seperti cacing kepanasan kini. Isu-isu hangat sekarang belum mampu meredakan sakit kepalanya. Kemasukan dua orang tokoh dari MCA dan MIC juga tidak mampu mendinginkan rasa hangat ke atas dirinya. Apa yang telah dituduh AnWAR ke atas orang lain, kini berbalik ke atas dirinya. Dalam hal afidavit tadi, saya percaya pihak berkaitan menunggu masa sesuai untuk memulakan tindakan pemula. Apabila bermula, ianya satu permulaan untuk pendedahan yang lebih besar mengenai taktik 'membelit' AnWAR.

Sekian.

0 comments.

Pemimpin Fuckatan Rakyat & Penyokong yang OVEREACT!


Ceritanya mengenai penyokong-penyokong PAS yang melalak bertakbir sambil memaki hamun pegawai-pegawai polis dan FRU yang bertindak menghalang mereka dari terus mengadakan satu perhimpunan tanpa permit a.k.a HARAM di Taman Guar Perahu.

Suasana tapak perhimpunan yang dikatakan haram itu bertukar menjadi seperti pasar malam apabila ramai yang mengambil kesempatan mendirikan gerai-gerai uantuk menjual makanan dan minuman...

Apa yang dikecewakan apabila pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada pihak polis dan FRU yang bertugas DAN juga UMNO tidak terlepas dari lidah "suci" mereka.

"UMNO bodoh, Kerajaan UMNO jahat, tak berperikemanusiaan...buat konsert hangpa bagi, ceramah hangpa sekat...!"

Itulah antara cercaan terhadap yang hadir untuk mengawal keadaan tersebut. UMNO yang tidak ada kena mengena dengan situasi yang berlaku pada malam itu juga menjadi mangsa ludahan mereka.

Antara pimpinan-pimpinan tertinggi Pakatan Pembangakang yang hadir pada malam itu termasuklah "Ketua Kampung" Buah Pala, Lim Guan Eng dan Mat Sabu Al-Juburi serta beberapa lagi yang juga dikatakan pernah di baling telur!

Ingat bila dah memerintah negeri boleh buat ceramah sesuka hati tanpa gheti nak ikut undang-undang kaaa?

Penyokong PAS nie pun satu bangang, di Pulau Pinang yang diabaikan adalah pemimpin mereka sendiri, tu pun sibuk junjung Guan Eng lagi...

Pimpinan-pimpinan atasan nie sebenarnya sudah pun mengetahui akan ketiadaan permit untuk program ceramah pada malam tersebut, tetapi mereka segaja juga hadir untuk mencetuskan suasana yang kelam kabut pada malam tersebut.

Pengunjung-pengujung yang over acting pada malam tersebut masih tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan bagi mewujudkan suasana yang kelam kabut kononnya dapat memburukkan lagi imej pihak berkuasa seperi Polis dan FRU.

0 comments.

Blog Widget by LinkWithin